-->

Cerita Cinta Fairuz & Fadzilla Hanim ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Fathimah AzZahra' . Mohd Fairuz

Lilypie First Birthday tickers

Ayam Kurma (",)~

bahan :
  • stgh ekor ayam
  • 2 cawan santan pekat dan 4 cawan santan cair
  • sebiji stgh bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 biji cili api@lada hidup
  • 3 biji lada hijau dipotong tengah
  • 3 biji kentang dipotong kecil
  • cengkih,bunge lawang,kayu manis&buah pelaga(4 beradik)
  • sepeket rempah kurma
  • gula dan garam
cara :
  • Bersihkan ayam dan potong ikut suke.Kisar halus bawang besar,cili api dan bawang putih.
  • Bancuh rempah kurma dgn 3 sudu santan cair
  • Tumis dgn sedikit minyak 4 beradik kemudian masukkan bahan kisar tadi,tumis smpai naik bau.Barulah masukkan bancuhan rempah kurma,tumis lg smpai agak kering sedikit.
  • Masukkan 2 cawan santan cair,ayam dan kentang.
  • Dgn api yg perlahan biarkan ayam dan kentang smpai empuk,kemudian masukkan baki santan cair.
  • Bile sume dah betul2 empuk,masukkan santan pekat, lada hijau,gule,dan garam...kecilkan api.
  • Jaga jgn smpai pecah santan...rase dan hidangkan.





Ikan Kembong Masak Pindang (",)~



Masakan nie org johor ngan pahang panggil pindang...tp kwn2 belah perak,kedah,kelantan panggil singgang.anda pulok ???Kalau mama saye ade 2 jenis resepi nie...satu pindang bersalin..n satu pindang serani.... Haaa...yg pindang saye nak bg resepi nie jenis pindang bersalin...klu ibu2 yg bersalin mmg nie antare juadah wajibnye....mudah dan segar je....

bahan :

6 ekor ikan kembong segar
2 biji bawang merah dan 4 ulas bawang putih dihiris
seinci halia dan seinci kunyit hidup dihiris
2 batang serai dititik
6 biji cili api atau digantikan dgn 3 biji lada hidup
garam

cara :
  1. Letakkan 4 cwn air dlm periuk kecil.
  2. Masukkan ikan,bawang merah & putih,halia, kunyit,serai dan garam dlm periuk yg dh isi air td.
  3. Biarkan smpai mendidih dan ikan sempurna masak.
  4. Rase dan hidangkan.

Ikan Tongkol Masak Kicap (",)~




bahan :

  • 2 ekor ikan tongkol sederhana besar atau ley digantikan ngan len2 ikan
  • sebiji bawang besar dan 3 ulas bawang putih dihiris
  • seinci halia dihiris halus
  • 5 biji cili api ditumbuk halus atau boleh digantikan dgn cili kering
  • 3 biji lada hijau dibelah dua tp xputus
  • 5 sudu kicap lemak manis
  • garam
jom masak :
  1. Bersihkan ikan dan goreng smpai kekuningan je dan asingkan.
  2. Tumis cili api yg dh ditumbuk tadi,bawang merah & putih dan halia dgn sedikit minyak smpai garing
  3. Masukkan kicap kemudian tambahkan stgh cawan air..masukkan juga ikan yg dh digoreng td.Biar smpai mendidih.
  4. Perasakan dgn garam..kemudian letak cili hidup td dan tutup api.Hidangkan.Boleh dihiaskan dgn hirisan daun sup dan bawang ;)
mudahkan?? marilah mencube...

Rendang Minang (",)~




Resepi nie osmet yg ajar wat...sedap dan pedash...huhuhu...Agak kurang berminat ngan pedas...tp nak tahu??semakin pedas semakin sedap dan semakin bertambah...hihihi...

bahannye :
  • seekor ayam dipotong ikut suke atau boleh digantikan dgn daging etc
  • sebiji kelapa parut...suku dibuat kerisik dan 3/4 lagi diperah santannye
  • 3 helai daun kunyit dihiris halus
  • 2 batang serai
  • 20 biji lada kering dan 5 biji cili api
  • seinci lengkuas dan halia
  • 4 ulas bawang putih dan sebiji stgh bawang besar
  • garam dan gule
carenye :
  1. giling atau kisar serai,bawang besar & putih,lengkuas dan halia tidak berapa halus
  2. masukkan ayam dan bahan kisar dlm periuk...gaul sebati dan smpai ayam empuk
  3. masukkan santan,garam,gule dan kerisik...perlahankan api...kacau perlahan.Biar smpai sempurna masak.Hidangkan
cadangan : sesuai dimakan ketike menyambut perayaan islam atau sesuai dimakan dgn sume jenis nasi

Acar Kobis (",)~


bahan :

3 kelopak kobis bulat
5 biji lada merah
sebiji bawang besar dimayang
8 sudu cuka
5 sudu gula
garam

cara :
  • hiris kobis rampai,halus dan kemas...hiris juga lada hidup
  • di mangkuk lain...satukan cuka,gula dan garam.Kacau smpai gula dan garam larut
  • ambik mangkuk besar dan satukan sume bahan.Kacau sebati dan rase
cadangan : Boleh ditambah mayonis dgn mengurangkan penggunaan cuka.Boleh juga gantikan cuka biase dgn cuke epal dan gula pasir digantikan dgn madu..ikut selera masing-masing.

Sambal Petai Ikan Bilis (",)~




bahan yg perlu ada :
30 tangkai cili kering
2 sudu tomato paste
2 papan petai atau lebih
segenggam ikan bilis atau lebih
3 ulas bawang putih
sebiji bawang besar (blend) & separuh bawang besar hiris mayang
garam & gule

cara memasak bahan :
  1. Kisar lada kering dan bawang dgn sedikit minyak...goreng ikan bilis smpai garing dan ke tepikan dlm mangkuk
  2. Tumis bahan kisar dan tomato paste kemudian biarkan garing dgn api kecil smpai naik minyak.
  3. Masukkan petai dan bawang mayang,gaul rata
  4. Agak2 petai dan bawang layu...sebatikan dgn garam dan gula
  5. Tuang sambal yg sudah siap dlm mangkuk yg ade ikan bilis goreng tadi.Hidangkan


petua rahsia kesedapan sambal yg mama saye wat bergantung pada garingnya tumisan bawang dan lada kisar

Khasiat Oren (",)~



Anda suka makan buah oren atau minum jus oren? Kalau ya, artikel ini pasti menggembirakan anda. Oren merupakan buah yang sangat popular, mudah diperolehi, dan harganya juga tidak terlalu mahal.

Buah yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit. Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.

Walaupun oren mengandungi karbohidrat, tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Dengan mengambil sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda memperolehi serat makanan kira-kira 30g. Jumlah ini sudah mencukupi keperluan harian tubuh badan (jumlah yang disarankan ialah sekitar 25 g sehari).

Antioksidan yang sangat baik
Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.

Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Tingkat pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.

Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga boleh dijelaskan peranan positifnya dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Oren merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.

Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.

Kulit pun cantik
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.


KREDIT TO GUA.COM

Sambal Terung Berlada Hijau Jawa (",)~





bahan :


4 batang terung panjang
8 biji cili hijau
segenggam bilis
sebiji bawang merah besar
garam,gule

cara :
  • sebiji terung dibelah 4 ,tiap satu bahagian dibelah tgh tp xputus ataupun ikut kretiviti masing2 nak potong terung camne...ehhee...
  • goreng terung agak2 layu,goreng bilis smpai garing
  • tumbuk lada hijau dan bawang merah...bile 2-2 bhan td ditumbuk agak hancur,barulah masukkan bilis goreng td dan tumbuk smpai bilis pecah
  • tumis sume bahan yg dah ditumbuk dgn sesudu minyak dan api yg sederhana
  • bile naik bau...masukkan garam dan gule
  • akhir sekali...masukkan terung goreng td..
  • kacau,rase dan hidangkan dgn nasi panas dan ikan goreng...yummyy...

Ayam Goreng Berempah (",)~




bahan :

seekor ayam dibelah 10
tepung gandum,tepung jagung (agak2 je)
1 stgah sudu lada hitam
1 sudu jintan manis,1 sudu jintan putih
sebiji telur
garam



cara :
  • bersihkan ayam..kacau telur,jintan manis,jintan putih, lada hitam dan garam kemudian perapkan ayam td dlmnye slama stgh jam
  • campurkan tepung gandum dan tepung jagung...panaskan minyak dikuali
  • ayam perap td digolek2kan ngan tepung
  • sedia menggoreng dgn minyak penuh & api sederhana smpai perang dan garing
  • ulang smpai habis...hidangkan panas2..

cadangan :
selepas angkat ayam dr kuali...letakkan ayam atas kitchen paper supaya mnyak meresap kat paper.

Agar - Agar Santan Pelangi (",)~

bahan :

1/2 tahil agar-agar
secawan gule pasir
8 cawan air
2 cawan santan pekat
pewarna kuning,hijau merah atau ape saje pewarne mengikut pilihan anda

cara :
  • Bahagikan agar-agar,gule pasir,air dan santan pekat kepada 2 bahagian kemudian masak setiap bahagian menggunakan periuk yg berasingan.Mule2 masakkan dahulu agar-agar,gule dan air smpai hancur barulah masukkan santan
  • Masukkan pewarne(saye gunekan warne merah & kuning) dalam tiap satu periuk dan kacau perlahan,kecilkan api supaya agar-agar tidak keras.
  • Tuang ke dalam loyang agar2 warne merah,tunggu sebentar sehingga hampir2 keras barulah dituangkan lapisan kedua (warne kuning)...ulang smpai habis
  • Setelah selesai melapis...tggu smpai sejuk barulah masukkan ke dalam peti ais....Hidangkan ketika minum petang atau selepas pulang dr kuliyah = p




Kuzi Ayam (",)~






Bahan :

  • setengah dpd sekor ayam dipotong 10
  • sepeket rempah kuzi
  • 1/2 liter santan@ susu segar
  • 2 sudu sos tomato
  • sebiji bawang besar
  • bunge lawang,bunge cengkih,kayu manis,cengkih
  • segenggam kismis,gule,garam
Cara :
  1. goreng ayam suku masak...asingkan,goreng bawang yg dimayang dan kismis...asingkan
  2. tumis bunge lawang,bunge cengkih,kayu manis,cengkih
  3. bancuh rempah kuzi dgn sedikit air dan masukkan bersame sos tomato..masukkan ayam & biarkan sebentar smpai agak kering sikit
  4. masukkan bawang goreng dan kismis...akhir skali masukkan santan,gule & garam
  5. biarkan smpai pekat...rase dan hidangkan

Kudapan Malam (",)~

The simple recipe that i'm going to post here today for dinner....



Ikan kembong percik...



Khos ataupon kat mesia cam sawi...goreng sempoi je...



nyumm...nyummm...akhirnye kami kenyang dlm keletihan...

Puding Karamel (",)~

bahan :

puding:
1/2 liter susu segar
3 biji telur ayam
esen vanilla
5 sudu gule

Karamel:
secawan gule pasir
1/2 cawan air



cara :
  • Untuk karamel,masakkan secawan gule dan stgh cawan air dlm periuk kecil smpai keperang-perangan,tuang dlm loyang dan letak tepi.
  • Kacau telur tp jgn smpai kembang.
  • Panaskan susu dlm periuk dan masukkan telur tadi,esen vanilla dan gule.Tuangkan atas karamel tadi.
  • Kukus selame 25 minit..api sederhana,biarkan sejuk sebentar barulah masukkan ke peti sejuk.Hidangkan..

Udang Lipan Goreng (",)~

bahan :
  • 2 kg udang lipan
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 8 biji lada hidup
  • 1 camca kecil serbuk kunyit
  • garam & gule
tumis bawang besar,putih,lada smpai separuh garing..letak serbuk kunyit,garam & gule.Masukkan udang...balik2kan smpai betul2 masak.Taburkan daun sup ;)












Ikan Sepat Masin Goreng Rampai (",)~




Ikan sepat masin sekor seringgit...mama poskan 4 ekor utk saye yg kebetulan teringin sungguh nak merase sepat masin..hihihi...Goreng garing2 pastu makan ngan nasi putih panas...so heaven.Wlaupon teramat simple..tapi bile sekali pekene & mkn ramai2 ngan kwn2.... mmg sedap.

Resepi
  1. Ikan sepat dibasuh bersih & goreng dgn api sederhana besar...Goreng garing dan asingkan.
  2. Hiriskan sebiji bawang merah besar,3ulas bawang putih dan 10 biji lada idup@cili api.Goreng smpai kekuningan dan tabur atas ikan sepat masin goreng tadi.

Makaroni Bakar (",)~



bahan :

  • stgh kilo makaroni (pelbagai bentuk ikut citarasa)
  • suku kilo daging hancur atau ley digantikan dgn dgng ayam juga
  • sebatang carrot d.potong halus..sdikit daun sup..lada hidup utk menambah kepedasan
  • minyak sapi ( ley je klu nak pakai mnyak msk)
  • 2 cawan susu segar
  • 6biji telur,lada hitam
  • gule,garam
cara :
  1. rebus makaroni cam biase n toskan
  2. (step 1 ) : pnskan mnyak sapi dlm periuk smpai cair,barulah masukkan susu,daging,carrot,lada hidup,daun sup.Kacau kemudian letakkan garam dan gaulkan dgn makaroni tadi...asingkan ke tepi...
  3. ( step 2) : kacau telur,lada hitam dan sedikit garam
  4. ( step 3 ) : sediakan loyang,letak suku dr makaroni( dr step 1 ) kmdian tuangkan bahan dr step 2 td sedikit dan ulangi .Untuk lapisan terakhir,tuangkan bahan td lebih tebal sedikit
  5. bakar selame stgh jam
  6. hidangkan bersame sos dan mayyonnaise.

petua :
bagi yg sedang berdiet...setiap hidangan anda yg memerlukan penggunaan mayyonnaise boleh digantikan dgn jus perahan limau nipis ;)

Kek Coklat (",)~

Seribu kemaafan membiarkan blog ini sepi sbb saye sedikit sebuk dgn urusan keduniaan..hihii....dan adakah pengunjung yg ternanti2 blog ni d.update??=p

Bawah nie ade sedikit resepi pengubat ati pengunjung :


bahan :

2 cawan tepung gandum
2 cwan gule
3 bji telur
secawan minyak
secawan koko
esen vanilla
baking powder
secawan air panas yg bbtul mendidih

cara :
  • Pukul telur dan gule smpai kembang
  • masukkan sume bahan lain kecuali air panas...gaul smpai rata
  • masukkan air panas dan kacau rata
  • sapukan loyang dgn sedikit minyak masak dan bakar selama 45mnt
bahan utk topping kek :

coklat masak
minyak masak

cara :
  • pnskan air dlm kuali or any kind of pot (pertame)
  • letakkan coklat masak dan minyak dlm periuk atau kuali kecil yg lain(ke-2)
  • bile air dh mendidih d.kuali pertame...letakkan kuali yg pertame atas kuali ke-2
  • kacau coklat td smpai bebetul cair dan sebati ngan minyak
  • tuangkan atas kek coklat tadi dan hiaskan
petua : klu nak wat topping coklat tu...jgn sesekali letak air.Igt!! hanye coklat dan minyak... =)

Rendang Daging Lebaran (",)~



bahan :

1kg daging
250 gm kerisik
daun kunyit di hiris halus
sebatang serai dititik
500 gm santan
asam keping

*bahan kisar*

2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
30 tangkai cili kering
1 inci stgah halia,lengkuas n kunyit hidup
4 batang serai

cara :
  • tumiskan bahan kisar smpai berminyak
  • masukkan asam keping,daging,serai n santan.gaul dan masak smpai santan hampir kering
  • masukkan daun kunyit,kerisik,garam n gule
  • masak smpai daging lembut n kuahnye sedikit kering

Biskut Cristal Ball (",)~


bahan :

250 gm tepung gandum (digoreng @ jemur dahulu)
150 gm gule halus
150 gm minyak sapi
pewarne merah,ijau,kuning

cara :
  1. gaulkan semua bahan
  2. bahagikan kepada 3 bahagian dan warnekan setiap bahagian dgn pewarne
  3. bentukkan bulat2 dan masukkan dlm aluminium @ paper cup
  4. bakar selame 15 minit

Biskut Chocolate Swiss (",)~




bahan A:

300gm mentega
300gm tepung gandum
secubit garam
stgh sudu esen vanilla

bahan B :

coklat masak dicairkan

bahan C (hiasan) :

2 bj putih telur
150gm gule aising
15gm tepung jagung

cara :
  1. uli bahan A smpai sebati menjadi doh dan bentukkan bulat2.Letakkan atas loyang yg dh dilenserkan dgn sedikit mentega dan bakar dgn suhu 170 drjah dlm mase 20 mnt
  2. letakkan biscot yg dh siap d.bakar dlm mangkuk kertas n tuangkan coklat ( bahan B) atasnye.Biar smpai kering
  3. campurkan bahan C smpai sebati kemudian corakkan atas biscot mengikut kreativiti masing2

Almond London (",)~







bahan :


200gm mentega
100gm gule halus
esen vanilla
200gm tepung jagung
300gm tepung gandum
hujung sudu kecil baking powder
200gm badam d.goreng tnpe minyak
50gm badam cincang utk hiasan
750gm cokolatah mathbah (coklat masakan )

cara :

  • pukul mentega,gule,esen vanilla smpai kembang
  • gaulkan tepung jagung dan esen vanilla bersame adunan tadi...kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga la jadi doh yg sempurne
  • bulatkan kecil doh tadi dan letakkan badam
  • letakkan atas dulang yg dah diratakan dgn sedikit marjerin
  • bakar selame 20minit
  • cairkan coklat masak...saye pakai manual jew..letak coklat dgn sedikit mnyak dlm periuk kecik.Letak periuk kecik tu dlm periuk besar sikit yg mengandungi sedikit air yg mendidih.Masak dan gaulkan smpai coklat bebetul cair dan xberketul.Kaedah double boil ye??
  • masukkan biscot td dlm mangkuk kertas n tuangkan coklat dgn berhati2 supaya nmpak kemas
  • taburkan badam cincang
  • biarkan smpai kering

Biskut Mazola (",)~







bahan :


500 gram tepung gandum
secawan gule halus
secawan kacang tanah yg dah di kisar
50gram kacang yg xd.kisar dibuang kulit n d.belah 2
sebiji kuning telur
stgh cawan minyak mazola atau ley d.gantikan ngan minyak sapi


cara :

gaulkan tepung,kacang halus,gule.kemudian masukkan minyak sikit2 mase gaul tu n gaul smpai la rate...bentukkan adunan mengikut suka kemudian sapukan kuning telur atas biscot n letakkan sebelah kacang.bakar biscot smpai kekuningan

Seri Muke (",)~


bahan bawah:
  • 2 cwn beras pulut
  • secawan pati santan
  • secubit garam
bahan atas (Sri kaya) :
  • 2 cawan pati santan
  • 2 biji telur
  • 6 sudu gule
  • sesenduk tepung gandum
  • beberapa sudu tepung kastard
  • sedikit pewarne mengikut selera masing2
cara tuk pulut:
  1. masak pulut seperti masak nasi
  2. kemudian gaulkan pulut yg sudah masak dgn santan dan garam
  3. kukuskan beberapa minit
  4. bile dah masak pulut tu mampatkan di dalam loyang
cara tuk seri kaya(atas) :
  1. pukul telur dan gule smpai sebati
  2. masukkan santan,tepung gandum dan kastard
  3. gaul sehingga sebati dan masukkan pewarna
  4. lastly...tuangkan bahan seri kaye di atas pulut...kemudiuan kukus selama 45 minit dgn api yg sederhana...hidangkan ketika berbuke =)




Tawaran Hebat = epi 1 (",)~




TAWARAN HEBAT !!!
KAMI MENJUAL BISCOT TART NENAS GULUNG
100 BIJI = RM40 @ LE60

DAPATKAN @ TEMPAH SEBELUM 11HB SEPTEMBER 2009 !!

&



TELUR ITIK MASIN
4 BIJI = LE 3

KUALITI YANG DIJAMIN


Puding Jagung Manis Berkastard (",)~



bahan :

satu tin jagung manis
secawan tepung kastard
2 cawan susu cair
5 cawan air
10 sudu gula

cara :

  1. blender stgah tin jagung smpai sederhana hancur
  2. campur dan masakkan susu cair,air dan gule dgn api sederhana
  3. bancuh tepung kastard dgn sedikit air dan masukkan
  4. masukkan jagung yg dah blender n baki jagung yg x d.blender
  5. kacau smpai pekat n tuangkan ke dalam bekas bersih
  6. sejukkan,potong n hidang sbgai manisan tuk berbuke puase

Khasiat Buah Delima @ Ruman (",)~



Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.
Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

Ikan Pari Bakar (",)~




bahan :

2 ekor anak ikan pari
25 tangkai cili kering
sebiji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
sebatang serai
gula & garam
3 biji limau nipis@kasturi

cara :
  • kisarkan sume bahan2...jgn halus sgt
  • bersihkan ikan dan potong empat
  • tumiskan bahan smpai naik minyak dan sekatakan rase mengikut selere masing2
  • letakkan ikan atas aluminium foil,ratakan sambal atas ikan dan panggang atas pemanggang
  • bakar smpai ikan masak dan perahkan limau atas ikan tadi

Tag From Zati @ Izachi (",)~

this time~

TAG = segalanya tentang CHANTEK~~

Q: pengertian cantek pada anda ?

Cantik yg sebenarnye bilemane mempunyai cantik rohani dan jasmani yg selaras..Allah tidak memandang pada rupa,tetapi sepertimane dlm Kitab Allah "..kemuliaan kamu di sisi ALLAH adalah kerana ketaqwaan kamu..".And so on..PUJILAH KEPADA YANG LEBIH BERHAK DIPUJI =)

Q:bila hari terakhir anda bermake-up?

2hb September 2007...Sambut birthday mama

Q; bila kali terakhir anda shopping sakan membeli make-up dan sewaktu dengannya?

is sebelum perikse Fasa 2 ri tu...huhuhu....

Q; bila terakhir anda shampoo rambut?

huhuhu...sat tadi

Q; adakah anda seorang yang kemas dan teratur dalam penjagaan bilik?

seorang yg pantang nmpak barang berselerak n xletak kat tempatnyee but akan kemas tanpe membebel.Osmet panggil saye "si cerewet" dlm umah...huhhu...Adakah sbenarnye pengemas atau mmg si cerewet ?? = p

Q ; barang make up anda?

Silky White pressed powder,foundation cream,celak,mascara,lipgloss...huhuhu...

Q;senarai 2 aktress cantik dimata anda

  1. Inneke Koesherawati
  2. Lisa Surihani

Q: last sekali... r u hot?

huhuhu...hot la,time summer pon nie..(ekekeke...ikot skema soklan x ni??

tangkap 3 gambar merasakan paling seksi.nyatakan keseksian itu dimata anda:



kitten yg seksi sbb minum koktail ngan gaye seksi



encik panda yg seksi sbb possing berdiri



Mek Ton yg seksi sbb ngah peknen kembar 3.

nak tag sape?


sume yg membace...jgn ngelat eiyh...

Cucur Udang (",)~



bahan :


500 gm tepung gandum
udang d.buang kepala(besar udang ikut suka)
sebiji bawang merah diracik halus
4 batang cili merah hidup diracik halus
4 pokok daun kucai dipotong 2cm
sebiji telur
secubit soda
pewarna kuning
garam secukup rase

cara :
  • bancuhkan tepung,pewarna kuning,garam,telur,soda dgn sedikit air panas smpai rata
  • kemudian masukkan bawang,cili merah,sedikit udang,n daun kucai....tambahkan sedikit air biasa n kacau smpai sebati...biarkan selama 2-3minit n sementara tu panaskan mnyak
  • jemputkan cucur...masukkan dlm kuali n letakkan beberapa ekor udang lagi di atas cucur.goreng dlm keadaan cucur tenggelam penuh dlm minyak yg betul2 panas
  • goreng smpai cucur kekuningan

Pau Sekaya Malam Hari (",)~

Penangan melayan osmet yg akan melahirkan anak sulong beberapa arie lg....katanye " nak makan yg besh puas2...nnt time berpantang sume xley makan "...huhuhu...Makanya...adalah pau pada malam2 ari...



Bahan doh 20 biji :


500 gram tepung gandum
1 stgh sudu yis dilarutkan dlm air suam
stgh cawan gula pasir dilarutkan dgn sedikit air
2 sudu susu tepung
1 suku cawan air biasa
4 sudu minyak

Cara tuk doh :
  1. satukan tepung,susu tepung,minyak,larutan yis dan gula
  2. tuangkan air biasa sedikit demi sedikit sambil sebatikan dan uli sehingga menjadi doh yg lembut
  3. bahagikan doh kepada 20 bebola kecil..letak atas dulang yg d.taburi tepung...biarkan 5-10minit
Bahan Sekaya :

1 cwn gula + 3biji telur d.pukul smpai kembang
1 stgh cawan santan
2 sudu makan tepung jagung d.bancuh dgn sedikit air
1 cwn gula + 1 cwn air d.buat gula hangus dan sejukkan

Cara tuk sekaya :
  1. campur sume bahan d atas
  2. masak dgn api sederhana panas dan kacau hgga pekat/mendidih (dlm 20 minit)
  3. tambahkan pewarna ikut suka
----------------------------------------------------
Cara membentukkan pau :
  1. ambil doh yg dah d.bulatkan td...leperkan dan isikan sekaya
  2. tutupkan..bulatkan dan kemas2kan pau...letak atas plastik @ daun pisang.buat smpai habis
  3. panaskan periuk kukus...kukus dlm 5-7 minit
  4. sedia tuk d.hidangkan dgn teh O @ kopi O...heee...

Ikan Cencaru Bakar Sumbat (",)~




ikan sedia d.bakar ~





ikan siap d.bakar ~

Bahan :
  • beberapa ekor ikan cencaru..serbuk kunyit n garam
  • bahan sambal sumbat :20 tangkai cili kering...2biji bawang merah...3ulas bawang putih ( ley d.tambah hirisan tomato )..sedikit air asam jawa

Cara :
  1. ikan cencaru dibelah belakang,dibersihkan dan dilumurkan dgn serbuk kunyit n sedikit garam
  2. bahan sambal ditumbuk kasar dan digaul dgn air asam jawa
  3. sumbatkan sambal tadi d.belakang ikan cencaru tersebut
  4. bakar sehingga masak dan hidangkan
cadangan : ikan akan bertambah selera klu makan ngan kuah percik atau air asam...

Telur Asin (",)~

Nak citer nie...bumi Mansoura adalah perkampungan pertanian yg mmg kaya n murah brng2 pertanian.Setiap ari selase...pasar biase akan bukak kawasan jualan tuk mama-mama arab.Kat situ byk ley dpt ayam,arnab,itik,telur ayam n itik,keju,jeruk zaiton n mcm2 lagi.Jadi nak d.jadikan cite...saye ade la beli telur itik...3biji segeneh ( rm 0.50 ) ...teringin mkn telur asin,kene la wat.X cam dok d.mesia...just beli,rebus n mkn terus...mudah..hee...Nak cube jugok x?




bahan :

6 biji telur itik
150 gram garam

cara :
  • bersihkan telur itik sebersihnye
  • ketuk telur dgn sudu smpai retak sket tp jgn smpai pecah...
  • larutkan garam ngan air suam
  • masukkan air garam tadi dlm bekas n masukkan telur juga...pastikan telur tenggelam dlm air.tutup bekas
  • selepas 4-6 arie...boleh d.rebus n mkn ngan nasi =)



d.nasihatkan tak terus belah telur mase telur panas lagi pas rebus..nnt jadi comot cam nie...

Manusia dan Pisang (",)~


Pisang ??? yup...pisang adalah sejenis buah yg panjang dan melengkung berwarne kuning atau hijau.Pisang ley diaplikasikan dlm pelbagai bentuk makanan seperti pisang goreng,pisang salai,kerepek pisang,pengat pisang,lepat pisang dll.

Antara kelebihan pisang:

-Sumber Kekuatan Tenaga. Pisang mudah dicerna. Banyak kandungan gula semulajadi (sukrosa, fruktosa, dan glukosa). Gula tadi diserap dan diubah menjadi sumber tenaga dengan cepat. Baik untuk pembentukan tubuh, untuk otot, dan sangat baik untuk menghilangkan rasa letih. Baik untuk kanak-kanak yang sedang membesar.


-Baik untuk wanita hamil. Wanita yang hamil disyorkan makan pisang kerana ia mengandungi asid folat yang mudah diserap janin melalui rahim. Asid folat perlu untuk tumbesaran sistem saraf janin.

-Baik untuk otak. Kajian yang dijalankan menunjukkan pisang yang kaya dengan potasium ini membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar lebih peka.

-Gemuruh. Kaya dengan vitamin B, membantu menenangkan sistem saraf anda.

-Kemurungan. Individu yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Pening-pening. Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Sedap lagi berkhasiat.

-Baik untuk penyakit anemia (kurang darah). Pesakit anemia dicadangkan ambil dua biji pisang setiap hari kerana kandungan zat besinya tinggi, membantu membentuk hemoglobin dalam darah.

-Tekanan darah. Kaya dengan potasium dan rendah garam, menjadikannya baik untuk mereka yang menghadapi tekanan darah tinggi. Orang dewasa selalu menghidapi masalah ini. Bertindak juga sebagai pencegah strok.

-Cirit-birit. Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

-Manfaat bagi Penyakit Usus dan Perut. Pisang yang diambil bersama susu cair dapat mengobati penyakit usus; dapat mengimbang masalah asid berlebihan (hyper acidity). Pisang mempunyai ciri anti-radang (inflamation) kerana Vitamin C cepat diproses.
Ia juga boleh mengubah bacillus berbahaya menjadi bacillus yang perlu di dalam usus.

-Manfaat bagi penyakit hati (liver). Penderita penyakit hati disarankan makan pisang bersama madu; ia akan menambah selera makan dan membuat jadi kuat.

-Baik untuk Mengawal Berat Badan. Pisang boleh memainkan peranan dalam menurunkan berat badan, ia juga boleh menambah berat badan! Kalau nak turunkan berat badan: Makan 4 biji pisang dan 4 gelas susu rendah lemak setiap hari. Sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu. Jumlah kalori yang terhasil hanya 1250. Selain itu, diet ini juga membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. (Diet ini tidak lengkap untuk program kawal berat badan yang ideal). Jangan lupa bahawa meminum satu gelas banana milk-shake dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga sesudah makan, akan menaikkan berat badan.

-Tekanan tempat kerja. Didapati kebanyakan pekerja yang berada dalam tekanan yang tinggi lebih suka makan coklat dan makanan yang rangup. Tukarlah tabiat tu dengan makan pisang, kurangkan tekanan, baik untuk kawal kadar gula dalam darah, demi kesihatan anda juga. Potasium menormalkan kadar denyutan jantung, penghantaran oksigen ke otak dan kitaran air dalam badan.

-Krim gigitan nyamuk. Sebelum anda ambil krim gigitan serangga, cubalah dulu sapukan tempat gigitan dengan bahagian dalam pada kulit pisang.

-Hilangkan parut kudis. Sama cara kegunaannya macam krim gigitan serangga tadi. Amalkan selalu, Insya Allah.

"Getah pisang boleh digunakan untuk mengubati luka bisa akibat dipatuk ular atau jengking. Bunga pisang yang direbus, airnya boleh diminum bagi mengubati penyakit kencing manis manakala kulit pisang pula digunakan untuk merawat kudis. Jus pisang boleh menyembuh masalah sembelit dan melegakan ulser. Pisang kaki berkesan untuk meredakan demam, Air dari batang pokok pisang berkhasiat untuk melebatkan rambut manakala kulit Pisang Emas yang digosokan pada kulit untuk mendapatkan wajah yang halus dan licin." (Estidotmy, Utusan Malaysia)

SUMBER :

-http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-216950.html
-http://healthycampus.usm.my/pages/upload/colbin/makanan_dan_hikmahnya_dalam_isla.htm
-http://kedahonline.net/v6/html/modules.php?name=News&file=article&sid=431
-http://kedahonline.net/v6/html/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22957&highlight=pisang&sid=b11b50e714a302ab6b0889c7661d1799
-http://amosh.jeeran.com/%D9%81%D9%88%D8%A7%D8%A6%D8%AF/archive/2007/4/192033.html

tag team : Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja (",)~

Tag dr Cik Rose yg tertangguh seminggu lebih.N Cik Rose udah majuk sbb saye sik xberkesempatan nak jawapnye...sowi yaa...jum...jum...saye sedang menjawap dgn usaha yg keras...hee...

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah :

~ namenye comad...dh 4 thun die d.tgglkan oleh saye sbb Flight Qatar Airways x membenarkan membawa seekor tucen bersame..lalala...

2. Saya sedang mendengar :

~ lalu lintas kete,lori,beskal,tuktuk n desiran angin sungai nil sebelah umah...

3. Mungkin saya patut:

~ amik wet banjer bulan lepas punye kat bank...tp panash,maka saye jadi malashh....ley x?

4. Saya suka :

~ senyuman mama n pujukan ayah klu saye majuk

5.Sahabat-sahabat baik saya :

~ slalu ngan saye...kdg2 saye yg xpasan diorg ade...hihihihi...

6.Saya tak paham :

~ camne simpanan komik2 mickey arabic edition saye bersepah...hhuhu...

7.Saya kehilangan :

~ Kamus Maurid( arabic-english ) dh 4 kali ilang gare2 urang pinjam tatau pulang sbb peminjam sesat kot xjumpe saye...uuuu...

8.Ramai yang berkata :

~ burink pas abis final exam....

9.Makna nama saya :

~ cahaya kelebihan pemimpin yang disegani

10.Cinta itu adalah :

~ sesuatu yg tidak semua nisyan miliki n hargai

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :

~ memanggil saye suh nengokkan tahap keempukan spagheti

12.Saya akan cuba :

~ capai matlamat2 saye

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :

~ abadie....

14.Telefon bimbit saya :

~ amat classic...ekekeke...

15.Bila saya terjaga dari tidur :

~ perbaharui syahadah n minum air mineral

16.Saya paling meluat apabila :

~ wat kije lambat...

17.Pesta/Parti adalah :

~ byk makne

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

~ 24 ekor tucen belaan kami sekuarga...gajah name bobby yg suke kentot kuat di zoo sblah maahad johor...harimau2 sultan johor kat zoo sblah maahad johor jugok yg suke mengaum bile nak masuk subuh n menakutkan kami penghuni hostel maahad johor...n seekor mawas sultan johor yg pernah terlepas n masuk ASPURI(asrama puteri maahad johor)

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

~ darjah 1 hgga darjah 6 sbb saye sertai kelab tarian...dh berumur nie klu di mesia dpt jadi guru tari je je la pon tuk anak2 PERKEP(persatuan isteri2 polis)...huhuhu..

20.Hari ini :

~ semakin panash....40 darjah celcius

21.Malam ini saya akan :

~lalala....

22.Esok pula saya akan :

~ mengikut strategi harian seperti biase tp menyeronokkan

23.Saya betul-betul inginkan :

~najah sufi a'latul....

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

~ muke merah sbb panash...

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :

~ bykkk...

26.Makanan Barat atau Jepun :

~ teringin nak mkn lg tp tggu kak ipar banjer d.mesia

27.Bilik yang terang atau gelap:

~sesuai tuk tidow

28.Makanan segera adalah :

~ byk perisa tambahan n menyebabkan sakit urang kaye...heee...

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

~ nape kak ??

30.Siapa yang anda mahu Tag?

~ sesape yg xjawap agi

uuuu...selesai sudah...panjangnye soklan...adehhh...time kasih Cik Rose...

Mee Kari Sungai Nil (",)~


bahan tuk 8 orang :

  • mee kuning 1kg ( dicelur ) @ digantikan dgn makarona ( rebus dgn minyak n sedikit kunyit serbuk )
  • stgh kilo ayam dipotong kecil
  • 2 biji bawang merah,2 ulas bawang putih dikisar
  • 1 senduk cili boh
  • rempah kari 4 sudu besar
  • cengkih,kayu manis,bunge lawang,buah pelaga ( 4 beradik)
  • 3 batang lobak merah
  • 3 biji tomato
  • asam keping
  • semangkuk santan
  • garam n gule

bahan hiasan :

  • 3 biji telur direbus
  • sepokok sawi dicelur
  • 3 batang cili hidup dihiris
  • sedikit daun sup

cara :

  1. panaskan minyak dan tumis bawang putih n merah,cili boh yg dah dikisar dan 4 beradik smpai naik bau
  2. bancuh rempah kari dgn sedikit air tuk dijadikan paste dan masukkan
  3. masukkan ayam,lobak merah n sedikit santan,gaul smpai sebati dgn bahan tumisan...biar smpai ayam n lobak merah empuk
  4. tambahkan lebihan santan,sedikit air dan asam keping
  5. bile dh mendidih...masukkan tomato,gule dan garam...rase secukup rase
  6. hidangkan bersama telur,sawi,cili hidup dan daun sup

cadangan : slalunye mee kari ngan seafood tp tuk sesiapa yg alergic seafood,ley gune ayam.

2nd n 3rd Award Tuk Dapur Nie + Request Dari Kak Teh (",)~

Kali ni punye post tntg award jugak.Berduyun2 sahabat2 yg amat menyayangi saya dtg antar award...tp yg ni smpai lmbt...sampan posmen tersangkut kot..pssttt...sbnrnya sampan saye yg lambat ambik...heee...



Dari Cik Lica



Dari Kak Teh

Terime kasih bagi penghargaan nie pada saye.Semoga persahabatan ini smpai ke Syurga....ameen...N nie request dr Kak Teh,mukan request resepi...but request gambo munge matahari kat dpn umah saya nie...nengok kak...munge matahari egypt cantikkan?hee....



1. bunge matahari kawan ngan rumput



3. bunge matahari yg same ketinggian ngan rumput



3. " aaaa...sayalah ratu cantik bunge matahari !! "...kate munge matahari yg pasan.