-->

Cerita Cinta Fairuz & Fadzilla Hanim ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Fathimah AzZahra' . Mohd Fairuz

Lilypie First Birthday tickers

Tom Yam Ketam (",)~




bahan :
3 ekor ketam besar
3 sudu perencah tomyam
4 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut
2 biji bawang merah,5 ulas bawang putih dan 10 tangkai cili kering diblend
sebiji bawang merah di mayang bulat
3 biji tomato dibelah 4
sebatang carrot dipotong ikut suke dan beberapa jenis sayur ley dimasukkan ikut selera
garam

cara :

  • tumis dgn sedikit minyak bahan yg diblend bersama perencah tomyam
  • masukkan ketam yg sudah dibersihkan bersama serai,daun limau purut dan bawang yg dimayang
  • biarkan beberapa minit tuk pastikan ketam dah masak
  • masukkan sayur keras dulu spt carrot baru diikuti sayuran len
  • masukkan garam,rasa dan hidangkan

gambar ngan piuk n senduk...hihihi...maaf..

Karipap (",)~

Sbnrnya macam2 jenis cara yg penah saya cube tuk wat karipap ni smnjak di mesia smpai la sejak dok egypt ni.Macam2 cara org wat tuk inti dan doh,ade cara wat doh ikot zaman 60-an dll.Untuk inti sbnrnya sume ley wat ikut suke ati...jadi xde la kite terlalu tekan ikot resepi..saya kongsikan resepi yg paling senang ye...Saya letak beberapa versi tuk inti dan doh..Cube lihat resepi saye dan selamat mencube...huhu..



bahan tuk doh zaman 60-an :

500 gram tepung gandum
3 cawan air
stgh sudu garam dilarutkan dlm air


bahan tuk doh zaman 90-an:

500 gram tepung gandum
250 gram marjerin dipanaskan atau ley digantikan dgn minyak masak yg dipanaskan, butter dan crisco pun boleh..ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
stgh sudu garam dilarutkan dlm secawan air

bahan inti versi 1 :

500 gram kentang @ keledek dipotong dadu
sebiji bawang merah dipotong dadu
sebiji bawang merah,2ulas bawang putih,15 helai cili kering diblend
4 sudu besar serbuk kari dan beberapa helai daun kari
ley letak jugak isi ayam,daging etc
garam dan gule secukup rasa

bahan inti versi 2 :

500 gram kentang @ keledek dipotong dadu
sebiji bawang merah dan 2 ulas bawang putih diblend
sebiji bawang merah dipotong dadu
6 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan gule secukup rasa

cara tuk doh :

  • uli tepung dulu bersama air dan larutan garam(versi 60-an) marjerin etc dan larutan garam (versi 90-an)
  • bulatkan dan sedia untuk dicanai

cara tuk inti :

  • panaskan minyak dan tumis sume bahan yg diblend smpai naik bau
  • masukkan bahan2 len dan tambah sedikit air
  • masak smpai kentang @ keledek lembut dan kering
  • sedia tuk wat karipap
petua tuk kelim karipap : tarik dan lipat menggunakan hujung jari je dgn perlahan

cara nak tau karipap cantik : bile digoreng kulitnya menggelembung sbgai tanda kerangupannya

Sup Tomato Lala (",)~


Lala slalu mudah didapati di pasar perkampungan Mansoura.Murah2 hargenye,dlm LE5 sekilo.Ade osmet citer...petua nak dpt baby boy,slalu la mkn seafood( metul ker? ) hihihi...

bahan :

2 kilo lala

2 biji ulas bawang merah besar

5 ulas bawang putih

7 biji cili merah hidup

6 batang serai

4 biji tomato

1 inci halia

sedikit minyak untuk menumis

cara :

  • hiris bawang merah,putih,cili,serai dan halia kemudian tumis smpai naik bau.
  • masukkan tomato,lala dan sedikit air.letak garam dan biarkan mendidih smpai lala terbuka
  • tutupkan api.hidang n SELAMAT MENJAMU SELERA...hihihi....

Ayam Kurma Berempah (",)~

hmmmm yummyyy..lupekan secret recipe..Atas permintaan osmet,saya share resepi ni ngan anda sume yer.Base dia saye wat cam sambal biase cume ade sedikit ubah suai....





bahan :


seekor ayam dipotong ikut suke
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering
2 peket perencah ayam kurma
5 helai daun limau purut


cara :

  • bersihkan ayam dan goreng sehingga kekuninggan( jgn terlalu garing ) asingkan ke tepi dahulu
  • 2 biji bawang merah,bawang putih dan lada kering diblend.
  • tumis bahan yg siap diblend smpai kering.bancuh perencah ayam kurma dan masukkan dalam bahan yg sudah ditumis tadi
  • masukkan ayam yg dah digoreng td.gaul smpai rata n letakkan garam.rasa mengikut selera masing2
  • sebiji bawang merah dimayang bulat dan daun limau purut mayang halus.tabur dan gaulkan bahan yg di mayang dlm masakan td.

Firakh Masywi Tom Yam (",)~

Klu anda sume ingin mengubah selera,dr masakan bergoreng ke masakan yg dipanggang dan ia juga bagus jugak utk sesape yg diet@jelir....Hari ini saye nak kongsi resepi firakh masywi tom yam.Firakh masywi bimakna ayam panggang @ bakar.Slalunye org akan gune jintan,ketumbar,bawang putih dll tuk jadikan perencah dlm ayam bakar.Tp kali ini saya mengubah dgn menggunakan perencah tom yam.Jikalau anda mencube,pasti anda akan mengatakan tntg keenaknye tidak terkira...hihihi....

bahan :

seekor ayam dibelah 4
sepeket perencah tom yam

cara :

  • bersihkan ayam dan kelar-kelarkan
  • gaulkan ayam dgn perencah tom yam dan perapkan selama stgh jam
  • ambil ayam yg dh diperap,balut dgn kertas aluminium kemudian bakar smpai masak (boleh menggunakan kuali biasa atau kuali leper,dinasihatkan supaya selalu membalik2kan agar rata masakannya)



ayam sedang di bakar @ panggang



ayam yg dh siap untuk dimkn....1..2...3...makan !!!!...hihihi.....

Ondeh - ondeh (",)~

Tepung pulut digentel2 jadila ondeh-ondeh @ buah melaka...makan sekali,nak 2kali...




bahan :

300 gm tepung pulut
gule melaka dipotong kecil2
kelapa mude parut(kat egypt pakai kelapa kering jer...sedikit keras dan kasar n perlu direndam air pns dl)
10 helai daun pandan(dikisar dgn sedikit air) @ pewarna hijau

cara :

  • bancuh tepung pulut dgn air pandan @ pewarna sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
  • ambik sebesar ibu jari dan leperkan.Bubuh gule melaka,tutup,gentel2 smpai jadi bulat n cumil.
  • masakkan air smpai menggelegak.masukkan adunan yg siap dibuat tadi.
  • angkat kuih bile dah timbul dan golekkan atas kelapa yg dh dicampur dgn sedikit garam.

Air Asam (",)~



Semalam selepas seharian sebuk dgn urusan kuliyah n umah, saya perlu amik jalan mudah masak tuk jimatkan masa n tenaga.Selak2 peti es jumpe ikan cencaru.Yipppiii !!! memudahkan kerjaku.Maka dtglah idea ikan bakar cencaru n air asam.Cam biase la share citer kat sini :

bahan :

2 sudu besar asam jawa
sebiji limau nipis
sebiji bawang merah besar(separuh tuk blender n separuh tuk dihiris nipis)
3 biji tomato (dihiris)
3 biji cili merah idup (dihiris -- sepatutnye cili api,tp saya tukarkan ke cili hidup sbb cili hidup mase nk masuk musim n musim panas di egypt begitu pedddassshhh)
garam

cara:

  • ramas asam jawa dgn air suam untuk dptkan patinye
  • blend pati asam jawa dan bawang
  • masak dgn api yg kecil bahan yg dah d.blend bersama hirisan bawang,cili hidup,tomato.(Yang ade org xmasak air asam ni,tp saya selalu masak dulu supaya kepedasan cili meresap ke dalamnya.)
  • masukkan garam,rasa dan hidangkan.



psssttt : cadangan hidangan boleh dimakan bersama ikan bakar seperti ikan cencaru bakar,ikan pari bakar dll.
@kenyitSemakin pekat air asam,semakin enak rasanye..


Penyelesaian Di Dapur Anda (",)~

Mengembalikan kesegaran sayur

Jika anda menyimpan sayuran beberapa hari di dalam peti ais, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegaran- nya, rendam sayuran tadi di dalam air yang dicampur sedikit cuka selama beberapa minit. Selain dari mengembalikan kesegaran sayuran itu, cuka juga bertindak menghilangkan kotoran pada sayur yang direndam tadi.


Membersihkan minyak gorengan

Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

Mengharumkan dapur

Pada kebiasannya pada bahagian dapur anda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan

Menghilangkan bau hangit

Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau masakan-masakan lain adalah dengan cara masukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Insya-Allah, bau hangit itu akan hilang.

Masalah Nasi Mentah

Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya diatas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.

SUMBER dari PETUA DI DAPUR


Kue Teaw Goreng BiSur'ah (",)~

Sedikit masalah n kesedihan klu nak cari kue teaw kat egypt ni.Klu bab mee,egypt cume de spagetti,makarona,makaroni maka diilhamkan dlm rona roni makaroni.hihihi...Tp bile menetap di perkampungan pertanian yg jauh dr ibu negara egypt(cairo) kami diberi beberapa bakat untuk membuat kue teaw dan mee kuning sendiri dgn bantuan tangan n mesin la...hihihi....Wlaupon sedikit susah pd mulenye,tp semangat makan kami xpenah luntur(sbb sume suke makan) @sederhana ...Maka terciptalah kue teaw goreng bisur'ah(segera)...Berikut resepinye....




bahan :


stgh kilo kue teaw
sebiji stgh bawang merah besar
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
sedikit udang kering(ikut suke n selera nak byk mane)
2 sudu solsoh (cili sos)
2 sudu besar kicap pekat
isi ayam,telur
khos (sawi) dll sayur mengikut selera
garam






cara :




1- rebus isi ayam dgn air yg sedikit




2- tumis bawang putih,merah,udang kering,kicap,solsoh yg sudah diblender hingga kekuningan



3- masukkan isi ayam yg sudah di rebus dan sedikit air rebusan tersebut




4- pecahkan satu biji telur dan masukkan kue teow serta sayur - mayur. Goreng sampai masak dgn gigih.jgn lupe letak garam yer....



ppsssttt : pengambaran kali ini dilakukan pd tgh malam akibat dr hobi makan tgh malam...hihihi...Jadi pengambaran dlm keadaan gelap dan kekurangan sistem pencahayaan serta tiada edit2 atau adobe2 gambar bagi cantik n cun....lalala....sume original dr dapur.Samat mencube yaaa @senyumkenyit....


Popia Goreng (",)~

Wat popia ni teramatlah mudah,org xberape nak pndai masak pon muley wat.Org sekarang klu nk makan suke beli jer yg dh ciap,tp klu saya lbh suke wat sndri.Kenyang lebih...gembira lebih...senang ati lebih.kan gitu??...hihihi....resepi ni dak2 egypt muley jugak wat,sbb kulit popia ni mmg mudah didapati di suq2 n supermarket yg xsuper.Klu org arab gunekan kulit popia ni tuk makanan tradisional mereka iaitu gulajh.berikut resepi popia goreng :

bahan :

10 keping kulit popia
stgh batang lobak merah(potong halus memanjang)
sebiji timun(potong halus memanjang)
2helai kobis(dihiris halus)
sebiji cili merah
sebiji bawang merah dan seulas bawang putih(dihiris)
sebiji telur ayam
garam dan minyak untuk menggoreng



cara-cara:

  • sediakan inti.panaskan minyak.tumiskan bawang merah,putih n cili hidup.masukkan lobak,kobis,timun.pecahkan telur dan gaul laju2.Goreng smpai sume masak,letak garam dan klu perlu tambahkan air sikit.
  • Ambil satu kulit popia,masukkan inti dan balut seperti biasa,hujungnya letak sedikit air sebagai pelekat.Ulang smpai habis.
  • Goreng dgn minyak penuh.Api sederhana tuk menggelakkan kehangusan dan kebakaran popia.Siap dah....
p/s: klu kat mesia ley perbanyakkan lg pengunaan sayur2an.sume mengikut keadaan dan tempat.contoh dlm resepi saya pakai timun,tp kat mesia org ley pakai tauge dll.okkeyyy!!


Shawarma Misr (",)~


Bile anda dtg study,melawat etc ke egypt....mesti nak tau ape makanan yg biase org egypt mknkan?Antaranya iysh,tokmiyah n yg special shawarma.Saya lebih suke kenalkan shawarma pd sesape yg baru dtg ke egypt...heee....Shawarma atau sandawich seperti org egypt katekan ade beberapa jenis antaranya ialah shawarma lahmah(daging) n shawarma firakh(ayam).

tokmiyah(yg cam cekodok tu),iysh n salatoh


iysh (pitabread)


ammu bakar daging shawarma


ahhaaaa....berikut sedikit resepi shawarma klu nak try wat sndri....sblum ittew,hati2 pada penghidap penyakit darah tinggi n obesiti @sengihnampakgigi...

bahan:

minyak sapi
stgh kilo daging
3 biji tomato
2 biji lada benggala hijau
sebiji bawang merah besar
lada hitam,garam,cuka

cara :

  • salai daging atau goreng daging tanpa minyak smpai masak
  • panaskan 2 sudu minyak sapi di kuali,masukkan bawang,lada benggala n tomato yg telah dihiris.tumis smpai kering
  • masukkan daging yg telah disalai,lada sulah,cuka n garam
  • masakkan smpai sempurna
  • sesuai juga di makan dgn roti pelbagai jenis.