-->

Cerita Cinta Fairuz & Fadzilla Hanim ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Fathimah AzZahra' . Mohd Fairuz

Lilypie First Birthday tickers

Khasiat Oren (",)~



Anda suka makan buah oren atau minum jus oren? Kalau ya, artikel ini pasti menggembirakan anda. Oren merupakan buah yang sangat popular, mudah diperolehi, dan harganya juga tidak terlalu mahal.

Buah yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit. Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.

Walaupun oren mengandungi karbohidrat, tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Dengan mengambil sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda memperolehi serat makanan kira-kira 30g. Jumlah ini sudah mencukupi keperluan harian tubuh badan (jumlah yang disarankan ialah sekitar 25 g sehari).

Antioksidan yang sangat baik
Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.

Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Tingkat pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.

Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga boleh dijelaskan peranan positifnya dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Oren merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.

Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.

Kulit pun cantik
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.


KREDIT TO GUA.COM

Sambal Terung Berlada Hijau Jawa (",)~





bahan :


4 batang terung panjang
8 biji cili hijau
segenggam bilis
sebiji bawang merah besar
garam,gule

cara :
  • sebiji terung dibelah 4 ,tiap satu bahagian dibelah tgh tp xputus ataupun ikut kretiviti masing2 nak potong terung camne...ehhee...
  • goreng terung agak2 layu,goreng bilis smpai garing
  • tumbuk lada hijau dan bawang merah...bile 2-2 bhan td ditumbuk agak hancur,barulah masukkan bilis goreng td dan tumbuk smpai bilis pecah
  • tumis sume bahan yg dah ditumbuk dgn sesudu minyak dan api yg sederhana
  • bile naik bau...masukkan garam dan gule
  • akhir sekali...masukkan terung goreng td..
  • kacau,rase dan hidangkan dgn nasi panas dan ikan goreng...yummyy...

Ayam Goreng Berempah (",)~




bahan :

seekor ayam dibelah 10
tepung gandum,tepung jagung (agak2 je)
1 stgah sudu lada hitam
1 sudu jintan manis,1 sudu jintan putih
sebiji telur
garam



cara :
  • bersihkan ayam..kacau telur,jintan manis,jintan putih, lada hitam dan garam kemudian perapkan ayam td dlmnye slama stgh jam
  • campurkan tepung gandum dan tepung jagung...panaskan minyak dikuali
  • ayam perap td digolek2kan ngan tepung
  • sedia menggoreng dgn minyak penuh & api sederhana smpai perang dan garing
  • ulang smpai habis...hidangkan panas2..

cadangan :
selepas angkat ayam dr kuali...letakkan ayam atas kitchen paper supaya mnyak meresap kat paper.

Agar - Agar Santan Pelangi (",)~

bahan :

1/2 tahil agar-agar
secawan gule pasir
8 cawan air
2 cawan santan pekat
pewarna kuning,hijau merah atau ape saje pewarne mengikut pilihan anda

cara :
  • Bahagikan agar-agar,gule pasir,air dan santan pekat kepada 2 bahagian kemudian masak setiap bahagian menggunakan periuk yg berasingan.Mule2 masakkan dahulu agar-agar,gule dan air smpai hancur barulah masukkan santan
  • Masukkan pewarne(saye gunekan warne merah & kuning) dalam tiap satu periuk dan kacau perlahan,kecilkan api supaya agar-agar tidak keras.
  • Tuang ke dalam loyang agar2 warne merah,tunggu sebentar sehingga hampir2 keras barulah dituangkan lapisan kedua (warne kuning)...ulang smpai habis
  • Setelah selesai melapis...tggu smpai sejuk barulah masukkan ke dalam peti ais....Hidangkan ketika minum petang atau selepas pulang dr kuliyah = p




Kuzi Ayam (",)~






Bahan :

  • setengah dpd sekor ayam dipotong 10
  • sepeket rempah kuzi
  • 1/2 liter santan@ susu segar
  • 2 sudu sos tomato
  • sebiji bawang besar
  • bunge lawang,bunge cengkih,kayu manis,cengkih
  • segenggam kismis,gule,garam
Cara :
  1. goreng ayam suku masak...asingkan,goreng bawang yg dimayang dan kismis...asingkan
  2. tumis bunge lawang,bunge cengkih,kayu manis,cengkih
  3. bancuh rempah kuzi dgn sedikit air dan masukkan bersame sos tomato..masukkan ayam & biarkan sebentar smpai agak kering sikit
  4. masukkan bawang goreng dan kismis...akhir skali masukkan santan,gule & garam
  5. biarkan smpai pekat...rase dan hidangkan

Kudapan Malam (",)~

The simple recipe that i'm going to post here today for dinner....



Ikan kembong percik...



Khos ataupon kat mesia cam sawi...goreng sempoi je...



nyumm...nyummm...akhirnye kami kenyang dlm keletihan...

Puding Karamel (",)~

bahan :

puding:
1/2 liter susu segar
3 biji telur ayam
esen vanilla
5 sudu gule

Karamel:
secawan gule pasir
1/2 cawan air



cara :
  • Untuk karamel,masakkan secawan gule dan stgh cawan air dlm periuk kecil smpai keperang-perangan,tuang dlm loyang dan letak tepi.
  • Kacau telur tp jgn smpai kembang.
  • Panaskan susu dlm periuk dan masukkan telur tadi,esen vanilla dan gule.Tuangkan atas karamel tadi.
  • Kukus selame 25 minit..api sederhana,biarkan sejuk sebentar barulah masukkan ke peti sejuk.Hidangkan..

Udang Lipan Goreng (",)~

bahan :
  • 2 kg udang lipan
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 8 biji lada hidup
  • 1 camca kecil serbuk kunyit
  • garam & gule
tumis bawang besar,putih,lada smpai separuh garing..letak serbuk kunyit,garam & gule.Masukkan udang...balik2kan smpai betul2 masak.Taburkan daun sup ;)












Ikan Sepat Masin Goreng Rampai (",)~




Ikan sepat masin sekor seringgit...mama poskan 4 ekor utk saye yg kebetulan teringin sungguh nak merase sepat masin..hihihi...Goreng garing2 pastu makan ngan nasi putih panas...so heaven.Wlaupon teramat simple..tapi bile sekali pekene & mkn ramai2 ngan kwn2.... mmg sedap.

Resepi
  1. Ikan sepat dibasuh bersih & goreng dgn api sederhana besar...Goreng garing dan asingkan.
  2. Hiriskan sebiji bawang merah besar,3ulas bawang putih dan 10 biji lada idup@cili api.Goreng smpai kekuningan dan tabur atas ikan sepat masin goreng tadi.