-->

Cerita Cinta Fairuz & Fadzilla Hanim ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Fathimah AzZahra' . Mohd Fairuz

Lilypie First Birthday tickers

Bubur Cacar Kudapan Malam (",)~

Ya salam....Juu' fi lail syita' .Sementara hagah dr mesia ade,manfaatkanla sebaiknye...muley x gi tu? smbil layan citer ROGUE yg teramatlah seram,tgn memasing laju je suap bubur cacar yg lazizah kat mulut.Auza??A'mal kida.....


bahan:

500 gm bubur cacar
2 cawan santan
1 cawan santan cair
2 helai daun pandan
gule

cara :

Rendam bubur cacar selama stgh jam.Panaskan santan pekat & daun pandan(ikat simpul sanggul@sederhana) di dalam periuk dgn api yg kecil,biar smpai mendidih.Bile dh mendidih masukkan la bubur cacar....gaul pelahan2 n masukkan santan cair.Letak gule n rasa.Hidangkan mase pas study malam.@rindu

Warisan Alam Melayu (",)~

Elak Bekas Dari Berbau


Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.

Menghilangkan Hanyir Daging


Ada orang tidak makan daging kerana tidak suka bau hanyirnya. Cara mudah mengatasi masalah ini ialah basuh daging dengan menggunakan air basuhan beras. Basuh sehingga daging putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga akan hilang. Selamat mencuba.

Halau Semut Dalam Gula


Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.

Cara Mudah Kopek Kulit Udang

Ada beberapa cara untuk memudahkan anda mengopek kulit udang.

1. Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Kemudian randam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya.

2. Perahkan limau nipis ke dalam semangkuk air. Masukkan udang. Biar selama 15 minit.

3. Rendam udang ke dalam air panas. Biarkan seketika.

Hilangkan Hanyir Ikan Darat


Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.

~ ALFUN ALFIN SYUKRAN ILA LUBUK PETUA WARISAN

Paprik Ayam (",)~

bahan-bahannya:

rubu' firakh n haikal
sebiji basol
3 ulas thum
10 tangkai lada kering

2biji tomato
sebiji kentang
solsoh,kicap(penganti sos tiram...)
garam,gula,kiub ayam

cara:

tumis basol,thom yg telah dihiris bersama solsoh,kicap n lada kering yg dipotong halus.
masukkan ayam n kentang sehingga empuk.
masukkan kiub ayam,garam,gula dan rasa secukup rasa...




















kalau ade yg berminat nak cube resepi compang camping ni.cube la...klu xnak,dok diam2 jer....jgn macam2 kate ittew ini yer.@senyum

Kuah Lodeh (",)~

bile tibe ari raya...kuah lodeh antara menu wajib kami.Tapi bile tibe raya di egypt,org xkenal apekah ittew kuah lodeh @tensyen.Osmet saya de ganu,pahang,selangor,kedah n johor jugak cam saye.Tapi sbb saje nak tunjuk kebanggaan kuah lodeh compang camping saya,maka saya wat la...bile dh siap,diorg pon kata ---> ohh!! that's kuah lontong !!.oooohhhh...mane2 aje la...hihihi....Dan bile raye ke 4,sudah heboh di kalangan akhawat(student pompuan) tntg kuah lodehku(maybe diorg tepikat mase mkn openhouse raya 1st).Berikut resepi kuah lodeh.@senyumkenyit


Bahan :
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
beberapa ekor bilis
sebiji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
sebatang cili merah
1 camca kecil serbuk kunyit/kunyit hidup
garam secukup rase
secekak suhun
beberapa batang kacang
sebatang carrot
beberapa helai kobis
2 keping tempe

Cara:

Panaskan minyak.Tumis hirisan bawang merah,bawang putih,cili merah.Masukkan santan pekat dgn api yg sederhana besar.Kaco2 biar xpecah ittew santan.Masukkan sayur2 keras cam carrot,kacang panjang diikuti bahan selebihnye dan tempe yg sudah di goreng.Masukkan garam n kunyit n biarkan smpai sempurna.Siap dah kan??@nari




kuah lodeh ni mase raye.de org tempah watkan

Laksa Penang Nujhi3

Bahan asas:
5 ekor ikan kembong (serdahana)
10 biji bawang merah (kecil)
6 biji cili merah
5 biji cili api
3 kuntum bunga Kantan
Seikat daun Kesom
Sekeping belacan
4 keping asam keping
garam secukup rasa

Hiasan:
(Di racik halus)
3 biji telur - di rebus
Cili merah & cili api
2 biji bawang merah (besar)
Sekuntum bunga Kantan
Sebiji timun




Cara-cara:

Ikan dibersih dan di rebus bersama 3 biji bawang merah, 2 keping asam dan garam secukup rasa selama 15 minit.
Ikan ditos dan disejukkan. Kisar cili merah, cili api, bawang dan juga belacan. Masukkan kesemua bahan yg telah dikisar kedalam periuk (bersama air rebusan ikan). Asingkan isi ikan dari tulangnya. Kisar isi ikan dan masukkan semua kedalam periuk.
Masukkan bunga kantan yang telah dibasuh dan di belah dua. Masukkan juga daun kesom. Tambah 3 keping lagi asam, dan garam secukup rasa. Api serdahana.

Rendam/celur mee Laksa. Toskan. Hiaskan bersama bahan-bahan yang telah diracik. Dan hidangkan ketika masih panas.



Nasi Lemak Chenta Kami(",)~


Nasi Lemak Buah Bidara
Daun selasih saya lurutkan
Nasi Lemak Untuk Teruna
Tanda Kasih Saya Berikan.

ahaks...pantun ciptaan sendiri. Money-mouth jgn pulok ade yg dtg nak saman...heee...nasi lemak merupakan makanan pertama yg saya masakkan tuk org tersayang di sini.Perjalanan jauh dr Mansoura ke Cairo amat merumitkan klu nak bawak makanan.so...nasi lemakkan makanan senang bawak.nnt senang jugak die nak panaskan lik bile nak makan.Yg specialnye,nasi lemak yg saya watkan de ikan bilis goreng.special ker?klu kat sini mmg special sgt2...sbb kat sini xder ikan bilis...huuu.....




Bahan-bahan tuk Nasi:

6 cawan beras
4 cawan santan
4 cawan air (adjust sendiri, kalau nak lemak lebihkan santan, kalau beras keras masukkan lebih air)
Garam
1 sudu besar halba (ni optional, tak bubuh pun tak pe)
2 helai daun pandan
1 inci halia
3 biji bawang merah (dihiris halus)


Cara:

1. Basuh beras
2. Sukat air, santan, garam
3. Just dump everything dalam rice cooker, on switch, sekali sekala tu kacau supaya rata
4. Masak sehingga kering.
5. Hidang kan lah.

Sambal Tumis Ikan Bilis (Boleh ganti ikan bilis dengan udang hidup atau sotong basah)

Bahan-bahan:

1. 10 tangkai Cili kering (kalau nak pedas tambah lg)
2. 4 ulas Bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
5. Air asam jawa
6. 1 cawan Santan
7. 1 ulas bawang besar di potong bulat.
8. 100 g. Ikan bilis yang telah digoreng.
9. Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Blend cili kering, bawang . bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali (saucepan whatever). Minyak masak tu lebih kurang 3 sudu je.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang di blend tadi.
4. Kacau sehingga campuran cili tadi pecah minyak. (nampak macam berminyak kat dalam kuali tu)
5. Masukkan sedikit air asam jawa (lebih kurang 2 sudu je)
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tadi
7. Gaul sampai sebati, then masukkan santan.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9. Masukkan hirisan bawang besar
10. Didihkan dan angkat.


*Kalau tak suka santan, masukkan air lebih sedikit untuk kuahnya.Untuk yg dok egypt,klu xder asam jawa..ley gantikan ngan solsoh 2 sudu.Goreng bilis@telur@ayam n letak hirisan khiaar(timun)dll tuk makan ngan nasi lemak.lets try it@adil...


Sambal Belacan Kami (",)~

Saya dilahirkan dr darah jawa + melanda,sbb melayu n belanda(kuarga ayah) dan darah siam + jawa(kuarga mama)...ahhaaa...banyak darah jawakan?soo...bykla makanan dr orang2 jawa...hihihi....Arwah ayah mama org siam,teramat-amatlah garangnye.Maka tersebutlah kisah bahawa,hihihi...arwah atuk nak makan sambal belacan.Arwah atuk suh mak long saya watkan....ketung...ketang di dapur,tada !!! siap ! but...arwah atuk xmo makan.huuu...dia suh mak long tumbuk lik sambal belacan tu smpai lada bebetul halus...alooo...ciannyeeee...Turun temurun sejarah tu diceritekan dlm kuarga kami.Kesimpulannyeee....nak wat kije,bagi sempurne yerr....



Bahan-bahan ( 1 mangkuk ):


1 cawan cili padi
1/4 cawan gula
1/4 cawan garam
1 sudu besar belacan
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1/2 biji lemon diambil airnya
Sedikit air masak

Cara-cara :


-Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing dan hirisan bawang merah tanpa minyak
-Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
-Siap untuk dihidangkan makan ngan nasi putih,ulam-ulaman dll.


Keropok Lekor Perantau (",)~

special utk mereka yg teringin makan keropok lekor terengganu kat oversea..resepi ni saye belajar ngan osmet yg mmg org ganu..ya...share2 ilmu...alhamdulillah dh byk kali kami wat kopok lekor.nak makan xyah beli,wat sndri puas hati...hee..

Bahan-bahan ( 15 batang(15 cm)


2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
100 gm tepung sagu (nisya)
30 gm tepung kanji
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit bicarbonat soda


***utk sos:***


3 sudu besar cili blend
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung(klu ade) utk memekatkan sos
2/3 cawan air

Cara-cara

-Bersihkan ikan.
-Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
-Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
-Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan.Gaul sehingga ke semua tepung abis. Masukkan garam n bicarbonat soda.
-Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung kanji di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
-Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
-Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
-Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..

utk sos:

masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula . masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.

Makarona Goreng Berudang Melayu (",)`



Selalu kat mesia org wat mee goreng mamakkan?kali ni kite wat makarona goreng letak udang tambah sket melayu...hihihi...Nape pakai makarona?Sbb kat egypt tak da mee kuning.eh..klu nak tukarkan ngan mee kuning muley jugak tau.huuu....klu pndai memusingkan bahan,I-Allah sume masakan menjadi.

bahan:

sebungkus makarona
*sebiji bawang merah besar
*seulas bawang putih
*10 tangkai cili kering
udang ikut suke nak letak byk mane
kicap lemak masin
sawi(tuk yg dok egypt ley gantikan ngan khos atau gargil)
2 biji telur

(* blender atau tumbuk pakai lesung batu)


cara:
  • rebus makarona n letakkan sedikit minyak tuk menggelakkan makarona melekat sesame sndri
  • panaskan minyak n tumis bahan2 yang diblender
  • masukkan telur...tumis smpai telur hancur
  • masukkan udang dan makarona
  • biarkan sebentar...letakkan gule n garam
  • akhir sekali letakkan sawi
  • gaul smpai rata n hidangkan tuk osmet atau kuarga dgn hiasan limau nipis,timun etc

Rendang Ayam Nenda (",)~

Rendang ayam antara resepi yang diajar oleh arwah nenek saye.Tp bile kami cucu2nye try masak,rase tetap xsame cam rendang nenek sbb mukan nenek yg masak.hihihi....
Wlaupon nenek dh xder,resepi beliau tetap menjadi kebanggaan kuarga n sedara-mara kami.




bahan-bahannya:


1/2 ekor ayam dipotong ikut suke
*2 batang serai
sehelai daun kunyit dihiris halus
*4 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
3 cawan santan pekat,secawan santan cair
*beberapa keping asam gelugor
*10 tangkai cili kering
*1 sm halia
*1 sm lengkuas
5 camca besar kerisik
garam n gule

(*diblender)

cara-caranya:
  • tumiskan bahan yg diblender smpai jiran sebelah umah bau
  • masukkan ayam dan gaul.pastikan ayam n bahan tumisan rata
  • masukkan santan sedikit demi sedikit...biarkan mendidih sebentar n turut pastikan ayam empuk
  • masukkan santan cair,kerisik,daun kunyit n sedikit garam dan gule secukup rase
  • biarkan seketike....angkat n hidangkan bersama nasi putih atau len2 yer...

Kek Pisang Mama (",)~






bahan:

3 biji telur
1 cawan stgh gule
bicarbonat soda
2 cawan tepung
pisang secawan
minyak masak secawan


cara :

  • pukul telur,gula dan bicarbonat soda smpai kembang
  • kemudian masukkan tepung dan pukul lagi
  • akhir sekali masukkan minyak dan pukul smpai rata
  • bakar selama 45 minit yer...

cadangan dr saya:

hidangkan semasa kek masih panas,anda akan terasa enaknye kek iitew...@senyumsamat mencube..

Nasi Ayam Memadu (",)~


Nasi ayam memadu...sbb pe memadu?sbb pakai madu-madu...hihihi...Nasi ayam juge peberet saya n osmet.Klu nak p jaulah(jenjalan) mesti bawak bekal nasi ayam memadu ni,klu nak p mator(airport) or wat openhouse pon nasi ayam jugok.Maka dgn sukahatinye saya kongsi la resepi ini...kali ni sape yg bace kene cube eiyh
@kenyit...




Bahan-bahan ( 2 orang ) :


(untuk nasi)
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
4 beradik(cengkih,bunge lawang,kayu manis,buah pelaga)

(untuk sup)
stgh kilo rangka ayam@kaki n leher ayam(klu ade)
1 sup bunjut adabi
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 kiub ayam

(untuk sos merah)
sebiji tomato
3biji cili merah hidup
gule n garam


(untuk ayam memadu)
1/2 ekor ayam
madu(ley pakai a'sal iswid yg dok egypt)
sebatang serai
sebiji bawang merah
2ulas bawang putih
sedikit garam
*(serai,bawang merah,bawang putih,garam diblender)


(hiasan)

daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara :

  • Untuk sup,tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang n berbau wangi.Masukkan air, rangka ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  • Untuk masak nasi, bersihkan beras.panaskan mentega,tumis 4 beradik dlm periuk nasi pas mentega cair,masukkan beras.Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masak seperti biasa.
  • Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu n bahan yg sudah siap diblender selama stgh jam. Goreng dengan minyak penuh dan api yg sederhana.Air perapan ayam ley dimasak berasingan tuk dijadikan sos kicap.
  • Untuk sos merah,blender sume bahan n masak.Rasa smpai menepati citarasa anda.Klu pekat sgt,tambah air cikit eiyh.

Kek Oren Mama (",)~

nape eiyh tajuk de perkataan mama?sbb ni resepi dr mama saya la@jelir..Awal winter ri tu osmet mengidam kek oren coz winter la byk jual buah oren.Maghrib2 waktu egypt sebuk p tipon mama mntak resepi@sakit(sbb kat egypt tghari).cian mama kene benti jap ngaja ngaji tuk bagi saya resepi@sederhana...



Bahan:

1cawan stgh marjerin
5 biji telur
2cawan setengah tepung
1cawan stgh gule
1 camca kecik baking powder
sebiji stgh buah oren diparut kulitnye
2 biji perahan buah oren(jusnye)


Cara-caranye:


  • pukul marjerin dan telur smpai kembang
  • lepas marjerin n telur kembang,masukkan tepung,gule n baking powder...pukul lagi eiyh..
  • masukkan kulit buah oren yg sudah diparut dan jus perahan buah oren
  • bakar selama 45minutes n hidangkan.

Lemak Cili Api Ikan Keli (",)~

Resepi pertame saya lemak cili api ikan keli atau leh ditukarkan cili api(sbb kat egypt xde cili api) kpd lada kering@cili hidup..resepi ni adalah peberet org tersayang saya.tp amat2lah mendukecitekan sbb saya xpenah berpeluang lg masakkan tuk die.Walaupon mama die lebih berbakat(mmg pon) tntg ikan keli ni,xsalah saya pon nak tunjuk bakat @sederhana...


Bahan
3 ekor ikan Keli
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang serai [ketuk]

Bahan mesin
20 biji cili api
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam


Cara.
1. Ikan keli dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau selama beberapa minit. Bilas lagi dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalm periuk dan masak dengan api perlahan.
3. Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
4. Bila nampak kuah nak mendideh masukkn santan pekat dan rasakan garam.
5. Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minya.
6. Bila mendideh tutup api dan boleh hidangkan.

VoiCe oF mY HeArT ('',)~

Assalamualaikum sume @ayam....bermule lah citer,teringat dedulu...darjah satu mama dah ajar pegang pisau kupas ittew bawang...takotnyeee@nangih...xnak wat takot jadi si tanggang,dgn ketakotannye saya pon belajarlah mengupas bawang.Maka di situlah bermulenye kisah kegembiraan saya kerana berjaya mengupas bawang2 tuk mama masak...heee...

welcome to my kitchen

Simple recipes prepared with love...

specially dedicated to my dearest family,my beloved n family and friends...