Nasi Lemak Buah Bidara
Daun selasih saya lurutkan
Nasi Lemak Untuk Teruna
Tanda Kasih Saya Berikan.
ahaks...pantun ciptaan sendiri. jgn pulok ade yg dtg nak saman...heee...nasi lemak merupakan makanan pertama yg saya masakkan tuk org tersayang di sini.Perjalanan jauh dr Mansoura ke Cairo amat merumitkan klu nak bawak makanan.so...nasi lemakkan makanan senang bawak.nnt senang jugak die nak panaskan lik bile nak makan.Yg specialnye,nasi lemak yg saya watkan de ikan bilis goreng.special ker?klu kat sini mmg special sgt2...sbb kat sini xder ikan bilis...huuu.....
Bahan-bahan tuk Nasi:
6 cawan beras
4 cawan santan
4 cawan air (adjust sendiri, kalau nak lemak lebihkan santan, kalau beras keras masukkan lebih air)
Garam
1 sudu besar halba (ni optional, tak bubuh pun tak pe)
2 helai daun pandan
1 inci halia
3 biji bawang merah (dihiris halus)
1. Basuh beras
2. Sukat air, santan, garam
3. Just dump everything dalam rice cooker, on switch, sekali sekala tu kacau supaya rata
4. Masak sehingga kering.
5. Hidang kan lah.
Sambal Tumis Ikan Bilis (Boleh ganti ikan bilis dengan udang hidup atau sotong basah)
Bahan-bahan:
1. 10 tangkai Cili kering (kalau nak pedas tambah lg)
2. 4 ulas Bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
5. Air asam jawa
6. 1 cawan Santan
7. 1 ulas bawang besar di potong bulat.
8. 100 g. Ikan bilis yang telah digoreng.
9. Garam dan gula secukup rasa
1. 10 tangkai Cili kering (kalau nak pedas tambah lg)
2. 4 ulas Bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
5. Air asam jawa
6. 1 cawan Santan
7. 1 ulas bawang besar di potong bulat.
8. 100 g. Ikan bilis yang telah digoreng.
9. Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Blend cili kering, bawang . bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali (saucepan whatever). Minyak masak tu lebih kurang 3 sudu je.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang di blend tadi.
4. Kacau sehingga campuran cili tadi pecah minyak. (nampak macam berminyak kat dalam kuali tu)
5. Masukkan sedikit air asam jawa (lebih kurang 2 sudu je)
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tadi
7. Gaul sampai sebati, then masukkan santan.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9. Masukkan hirisan bawang besar
10. Didihkan dan angkat.
*Kalau tak suka santan, masukkan air lebih sedikit untuk kuahnya.Untuk yg dok egypt,klu xder asam jawa..ley gantikan ngan solsoh 2 sudu.Goreng bilis@telur@ayam n letak hirisan khiaar(timun)dll tuk makan ngan nasi lemak.lets try it...
0 comments:
Post a Comment