-->

Cerita Cinta Fairuz & Fadzilla Hanim ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Fathimah AzZahra' . Mohd Fairuz

Lilypie First Birthday tickers

Keropok Lekor Perantau (",)~

special utk mereka yg teringin makan keropok lekor terengganu kat oversea..resepi ni saye belajar ngan osmet yg mmg org ganu..ya...share2 ilmu...alhamdulillah dh byk kali kami wat kopok lekor.nak makan xyah beli,wat sndri puas hati...hee..

Bahan-bahan ( 15 batang(15 cm)


2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
100 gm tepung sagu (nisya)
30 gm tepung kanji
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit bicarbonat soda


***utk sos:***


3 sudu besar cili blend
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung(klu ade) utk memekatkan sos
2/3 cawan air

Cara-cara

-Bersihkan ikan.
-Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
-Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
-Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan.Gaul sehingga ke semua tepung abis. Masukkan garam n bicarbonat soda.
-Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung kanji di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
-Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
-Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
-Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..

utk sos:

masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula . masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.

0 comments: