-->

Cerita Cinta Fairuz & Fadzilla Hanim ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Fathimah AzZahra' . Mohd Fairuz

Lilypie First Birthday tickers

Manusia dan Pisang (",)~


Pisang ??? yup...pisang adalah sejenis buah yg panjang dan melengkung berwarne kuning atau hijau.Pisang ley diaplikasikan dlm pelbagai bentuk makanan seperti pisang goreng,pisang salai,kerepek pisang,pengat pisang,lepat pisang dll.

Antara kelebihan pisang:

-Sumber Kekuatan Tenaga. Pisang mudah dicerna. Banyak kandungan gula semulajadi (sukrosa, fruktosa, dan glukosa). Gula tadi diserap dan diubah menjadi sumber tenaga dengan cepat. Baik untuk pembentukan tubuh, untuk otot, dan sangat baik untuk menghilangkan rasa letih. Baik untuk kanak-kanak yang sedang membesar.


-Baik untuk wanita hamil. Wanita yang hamil disyorkan makan pisang kerana ia mengandungi asid folat yang mudah diserap janin melalui rahim. Asid folat perlu untuk tumbesaran sistem saraf janin.

-Baik untuk otak. Kajian yang dijalankan menunjukkan pisang yang kaya dengan potasium ini membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar lebih peka.

-Gemuruh. Kaya dengan vitamin B, membantu menenangkan sistem saraf anda.

-Kemurungan. Individu yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Pening-pening. Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Sedap lagi berkhasiat.

-Baik untuk penyakit anemia (kurang darah). Pesakit anemia dicadangkan ambil dua biji pisang setiap hari kerana kandungan zat besinya tinggi, membantu membentuk hemoglobin dalam darah.

-Tekanan darah. Kaya dengan potasium dan rendah garam, menjadikannya baik untuk mereka yang menghadapi tekanan darah tinggi. Orang dewasa selalu menghidapi masalah ini. Bertindak juga sebagai pencegah strok.

-Cirit-birit. Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

-Manfaat bagi Penyakit Usus dan Perut. Pisang yang diambil bersama susu cair dapat mengobati penyakit usus; dapat mengimbang masalah asid berlebihan (hyper acidity). Pisang mempunyai ciri anti-radang (inflamation) kerana Vitamin C cepat diproses.
Ia juga boleh mengubah bacillus berbahaya menjadi bacillus yang perlu di dalam usus.

-Manfaat bagi penyakit hati (liver). Penderita penyakit hati disarankan makan pisang bersama madu; ia akan menambah selera makan dan membuat jadi kuat.

-Baik untuk Mengawal Berat Badan. Pisang boleh memainkan peranan dalam menurunkan berat badan, ia juga boleh menambah berat badan! Kalau nak turunkan berat badan: Makan 4 biji pisang dan 4 gelas susu rendah lemak setiap hari. Sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu. Jumlah kalori yang terhasil hanya 1250. Selain itu, diet ini juga membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. (Diet ini tidak lengkap untuk program kawal berat badan yang ideal). Jangan lupa bahawa meminum satu gelas banana milk-shake dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga sesudah makan, akan menaikkan berat badan.

-Tekanan tempat kerja. Didapati kebanyakan pekerja yang berada dalam tekanan yang tinggi lebih suka makan coklat dan makanan yang rangup. Tukarlah tabiat tu dengan makan pisang, kurangkan tekanan, baik untuk kawal kadar gula dalam darah, demi kesihatan anda juga. Potasium menormalkan kadar denyutan jantung, penghantaran oksigen ke otak dan kitaran air dalam badan.

-Krim gigitan nyamuk. Sebelum anda ambil krim gigitan serangga, cubalah dulu sapukan tempat gigitan dengan bahagian dalam pada kulit pisang.

-Hilangkan parut kudis. Sama cara kegunaannya macam krim gigitan serangga tadi. Amalkan selalu, Insya Allah.

"Getah pisang boleh digunakan untuk mengubati luka bisa akibat dipatuk ular atau jengking. Bunga pisang yang direbus, airnya boleh diminum bagi mengubati penyakit kencing manis manakala kulit pisang pula digunakan untuk merawat kudis. Jus pisang boleh menyembuh masalah sembelit dan melegakan ulser. Pisang kaki berkesan untuk meredakan demam, Air dari batang pokok pisang berkhasiat untuk melebatkan rambut manakala kulit Pisang Emas yang digosokan pada kulit untuk mendapatkan wajah yang halus dan licin." (Estidotmy, Utusan Malaysia)

SUMBER :

-http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-216950.html
-http://healthycampus.usm.my/pages/upload/colbin/makanan_dan_hikmahnya_dalam_isla.htm
-http://kedahonline.net/v6/html/modules.php?name=News&file=article&sid=431
-http://kedahonline.net/v6/html/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22957&highlight=pisang&sid=b11b50e714a302ab6b0889c7661d1799
-http://amosh.jeeran.com/%D9%81%D9%88%D8%A7%D8%A6%D8%AF/archive/2007/4/192033.html

0 comments: