-->

Cerita Cinta Fairuz & Fadzilla Hanim ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Fathimah AzZahra' . Mohd Fairuz

Lilypie First Birthday tickers

Lempeng Kelapa + Kari Ayam Mamak (",)~




Resepi yg agak mudah n kdg2 menguji kesabaran..hihi...klu lempeng saye suke makan ngan kari ayam mamak sebab kari ayam mamak ni xpakai santan dan agak pekat.meh cube...

bahan lempeng :

250 gram tepung gandum
50 gram kelapa parut
5 cwn air
garam dan gule
sedikit minyak masak

cara wat lempeng :
  • tepung,kelapa,air,garam,dan gule diblend untuk mendapat hasil bancuhan yg rata dan halus
  • tuangkan sesudu minyak masak dan ratakan di kuali
  • masukkan sesenduk adunan tepung tadi dan leperkan menjadi bulat ngan menggunakan belakang senduk
  • klu lempeng terlekang dr kuali sendiri,tu tandenye dah garing.balik2kan dan angkat..

bahan kari ayam mamak :


sekilo ayam dipotong kecil2
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
25 tangkai cili kering
satu pelepah daun kari
4 beradik ( kayu manis,bunge lawang,cengkih,buah pelaga )
2 biji kentang dipotong 8
2 peket rempah kari baba's
3 keping asam keping
gule dan garam ( boleh juge ditambah kiub ayam )

cara wat kari ayam mamak :
  • kisar bawang merah,putih dan cili kering smpai halus
  • panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar,rempah kari baba's,4 beradik dan daun kari smpai kekuningan dan naik bau
  • masukkan ayam,kentang,asam keping,dan secawan air...gaul smpai rata...
  • selepas 3 minit tambah semangkuk air dan tutup periuk smpai ayam n kentang empuk,dan kari menjadi pekat
  • tambahkan garam dan gule,rase secukup rase...hidangkan....

0 comments: