-->

Cerita Cinta Fairuz & Fadzilla Hanim ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Fathimah AzZahra' . Mohd Fairuz

Lilypie First Birthday tickers

Tahukah Anda Tentang Epal Hijau Yg Masam Ittew ?? (",)~





Tahukah anda, Malaysia kini mempunyai ladang epal hijau? Mungkin ada yang menjawab - tentulah ada di Cameron Highlands! Tapi, adakah anda tahu bahawa epal hijau juga turut ditanam di Sarawak? Ya, pada masa kini, epal hijau juga turut ditanam di Ladang Kampung Buduk Nur, Ba Kelalan di Sarawak. Ladang yang luasnya 10 hektar ini diusahakan oleh suku kaum Lun Bawang atau dikenali sebagai Orang Gunung.

Epal hijau kaya dengan zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat.


Berikut adalah beberapa kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolestrol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.


Sumber dari : http://mysantaicafe.blogspot.com/2008/11/tahukah-anda-kelebihan-epal-hijau.html

2 comments:

iTTeW saYe... said...

huhuhhuhu... anim.. epal ijo kn masham.. lam islam.. kn x elok mkn mende2 masham.. bley menumpulkn otak.. (^_^,).. awk tu nk exam...

fanim said...

hihihi...pandainyeee...