-->

Cerita Cinta Fairuz & Fadzilla Hanim ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Fathimah AzZahra' . Mohd Fairuz

Lilypie First Birthday tickers

Kek Gule Hangus + Susu Pekat (",)~

KEK GULE HANGUS





Bahan :
  • secawan gule
  • secawan air panas
  • secawan tepung gandum
  • secawan susu pekat
  • 2 camca kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camca besar mentega
Cara:
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"
Kredit to : Widad

Susu Pekat

Resepi susu pekat tuk sesape yg nak try wat sndiri atau kat tempat die mmg xde jual susu pekat..huhuhu....


Bahan-bahan ( 250 ml )

  • 500ml susu segar
  • 100ml gula
  • (* sukatan gula 1/5 dr sukatan susu segar)

Cara-cara

  1. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga sukatan susu tinggal separuh dari sukatan asal. Kemudian sejukkan dalam bekas yang sesuai.
  2. Berhati-hati kerana susu ni mudah hangus. Jangan guna api yg besar.
Kredit to : yanie

Hati Goreng Pindang + Makan Malam (",)~



bahan :

1/2 kg hati ayam
4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 cm halia & kunyit
air asam jawe
10 biji cili padi
sebiji cili hidup
gula & garam

cara :
  • rebus hati ayam
  • tumbuk cili api,halia,kunyit,bawang merah,dan bawang putih kemudian tumis smpai naik bau dan kering
  • masukkan hati td dan tambahkan sedikit air
  • masukkan garam,gula & air asam jawe.Biarkan kering
  • Bile dah kering masukkan cili hidup,gaulkan dan hidang
Lain2 lauk-pauk kami...jemput makan!!~



Asam rebus ikan



Kobis goreng dgn telur



Ikan pari bakar a.k.a rentung....huhuhu.....

Makan Malam + Gulai Telur (",)~

Makan malam kami.....



Daging kambing goreng blackpaper




Ikan kering bulu ayam



Sayur campur



Sotong masak cili kering



Gulai telur

------------------------------

RESEPI GULAI TELUR

Bahan:
  • telur direbus dan dibuang kulit
  • tomato dibelah 4 & buang biji
  • sebiji cili hidup dipotong 3
  • bawang merah kecil dan bawang putih
  • rempah kari daging
  • santan,gula dan garam
Cara:
  • Goreng telur yg dh dikupas smpai kekuningan dan ke tepikan
  • Tumis bawang merah dan putih yg dah dihiris smpai kekuningan
  • Masukkan rempah kari yg dah d.bancuh dgn sedikit air smpai agak2 kering
  • Masukkan santan dan kacau
  • Masukkan telur tadi,cili hidup dan tomato
  • Perasakan dgn gula dan garam

Update...Update (",)~

Haaa....lame kan x update ??? hu³....sorry..ade je amik gambo the latest resepi,tp x upkan jugak dlm blog nie.Sori mori yee....Meh nak tunjuk....













Nie la hasil kerastangan saye.Sekarang projek sulam manik di tudung pulak.Tapi boleh je sesape nak tempah atau mntak tolong touch up kan baju atau tudung² dgn sulaman manik & kristal nie supaye lebih kelihatan blink-blink....hihihi.....